SIJIL MODULAR KEBANGSAAN
Kolej komuniti menawarkan kursus kemahiran dalam 25 jenis bidang perkhidmatan sejak tahun 2010. Kursus-kursus ini direka supaya menyamai piawaian kehendak industri atau perkhidmatan. Kurikulum yang dibina dan digunapakai adalah hasil daripada perbincangan dengan wakil-wakil industri. Kursus di buat mengikut topik dan jangkawaktu bagi sesuatu modul itu adalah diantara 3 hingga 6 bulan.
Sila klik kursus SMK pilihan anda pada sebelah kanan skrin ini untuk keterangan lanjut
Syarat Kelayakan
- Warganegara Malaysia
- Berumur 17 tahun ke atas ( Lepasan Sekolah / Lulusan Universiti / Belia / Pesara Kerajaan / Warga Emas)
- Pekerja yang sedang bekerja digalakkan memohon bagi meningkatkan kemahiran
- Lepasan SPM 2011 dan masyarakat komuniti setempat amatlah digalakkan memohon.
Yuran Pengajian dan Tempoh Pengajian
- Yuran Pengajian - RM 10.00 sebulan
- Tempoh Pengajian – 3 hingga 6 bulan
(Wang saku RM250 sebulan disediakan kepada yang pelajar yang layak iaitu jumlah pendapatan keluarga RM 3000 dan ke bawah)
Pengambilan dan Permohonan
Pemohonan adalah secara ONLINE melalui http:/www.jpkk.edu.my atau hubungi Kolej Komuniti yang berdekatan di tempat anda. Perhatian:
- Untuk mengakses e-Borang, calon perlu membeli nombor PIN yang ada dijual di semua cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) seluruh negara. Sila pastikan anda membeli No. Pin mengikut kategori prmohonan yang betul.
- Nombor Pin yang telah dibeli bagi permohonan Jun/Julai 2011 dalam Sistem permohonan ILKA masih sah digunakan untuk permohonan kemasukan Januari 2012.
Keputusan Permohonan dan Rayuan
Keputusan permohonan boleh disemak melalui mana-mana kaedah berikut:
• Laman web http://www.jpkk.edu.my
• Hubungi mana-mana Kolej Komuniti KPT
Warganegara Malaysia
• Berumur 17 tahun ke atas ( Lepasan Sekolah / Lulusan Universiti / Belia / Pesara Kerajaan / Warga Emas)
• Pekerja yang sedang bekerja digalakkan memohon bagi meningkatkan kemahiran
• Lepasan SPM 2011 dan masyarakat komuniti setempat amatlah digalakkan memohon.