Portal Rasmi Jabatan Pengajian Kolej Komuniti

 English 



peta laman

KURSUS PENDEK

Kolej Komuniti menawarkan pelbagai kursus jangka pendek yang relevan dengan keperluan masyarakat setempat.

Agar-agar Roti.  Aiskrim Oreo . Autocad .  Bahasa Arab .  Ayam Penyet .  Bahasa Inggeris . Bahasa Isyarat . Bakul Hiasan (dari surat khabar) . Blog EdittingCoklat.  Cendawan . Cup Cake. Dandanan Rambut.   Butter Cream .    Fish Cake .   Frozen Food.   Gitar.  Ikat Bata . Ikan Keli organik Jahitan asas.   Jahitan Pakaian  . Jahit Langsir . Jeli Kelapa . Kek Tiramisu .  Kuih Tradisional.  Microsoft Visio . Nuget Bihun .    Solekan.   Perisian komputer. Photoshop . Putu Mayam .   Roti Sosej .  Sains UPSR .  Servis Kereta.   Simen fero  . Sulaman Manik . Dan lain-lain lagi.

Jadual adalah tertakluk kepada kolej komuniti . Ahli komuniti perlu melihat dahulu iklan tawaran kursus pendek kolej komuniti . Anda boleh memilih mana-mana kolej komuniti untuk mendapatkan latihan, iaitu anda boleh memilih kolej komuniti yang lebih jauh dari tempat anda walaupun ada kolej komuniti yang berhampiran. 

Kursus pendek yang sama ditawarkan di kebanyakan kolej komuniti, contohnya kursus popular Menjahit Langsir , Membuat Kek dan lain-lain adalah terdapat pada waktu-waktu tertentu di semua kolej komuniti di seluruh negara.

Anda cuma perlu selalu melihat tawaran mengenai jenis kursus yang ditawarkan melalui laman web rasmi kolej komuniti 

KELAYAKAN MENJADI PESERTA KURSUS
Warganegara Malaysia. Sihat tubuh badan. Boleh menulis serta membaca.

 

 

CARA MEMOHON
Melihat Iklan kursus yang ditawarkan di kolej-kolej berkenaan atau mencadangkan kursus yang tidak ada dalam senarai kursus yang ditawarkan melalui perbincangan secara terus dengan pihak pengurusan kolej berkenaan. 

 



TEMPOH KURSUS
 Diantara 1 hari hingga 3 bulan.  Bergantung kepada modul yang disediakan. Kebiasaannya adalah kurang daripada 6 bulan.


TEMPAT KURSUS
Di dalam bangunan kolej Komuniti  atau di luar kolej komuniti. Sekiranya keadaan kursus itu lebih sesuai dibuat diluar bangunan kolej komuniti pihak kolej boleh mengaturkan agar kursus itu dijalankan di bengkel milik syarikat atau majlis tempatan atau mana-mana agensi yang berkaitan.



WAKTU KURSUS
Waktu pejabat atau di luar waktu pejabat.

 

KURIKULUM / KANDUNGAN KURSUS
Ditentukan oleh pihak kolej komuniti. Namun demikian terdapat juga kursus-kursus yang diberikan itu berpandukan kepada nasihat daripada pakar luar yang mahir dalam sesuatu bidang itu. Jika bidang kursus itu bersamaan dengan bidang kemahiran yang dikhususkan kepada kolej komuniti tersebut maka pihak kolej komuniti kebiasaanya akan memberi tunjukajar kepada komuniti apa yang terbaik yang diamalkan oleh kolej komuniti itu.



SIJIL
Sijil Kehadiran atau Sijil Modul.

 


YURAN
Bayaran yuran pendaftaran yang dikenakan untuk seseorang bagi satu-satu kursus adalah antara RM 5.00 hingga RM 20.00 sahaja.

* Dengan kelulusan penubuhan Akaun Amanah di Kolej Komuniti KPTM, yuran kursus yang sesuai dan kompetitif akan diperkenalkan mengikut kemampuan pelanggan dan jenis kursus